TM UNIFI.
Memang best giler !
Dulu 1 Mbps memang dah laju kalau layari internet, tapi sekarang cuba bayangkan kalau 5 Mbps, 10 Mbps, dan 20 Mbps kelajuan internet. Sekadar tengok youtube. Tak ada masalah buttering lama. Tapi masalahnya TM UNIFI ini tak meluas, kebanyakkan nya di lembah klang dan mungkin meluas di masa akan datang.
Kita tengok dulu apa yang ada pada TM UNIFI.
Kelajuan 5 Mbps dengan harga RM 149.00 sebulan
Kelajuan download dan upload 5 Mbps kadang-kadang kelajuan upload boleh sampai 10 Mbps. (Buat masa sekarang ini lah). Yang paling best dapat TM wifi ID percuma boleh layan internet di tempat yang ada TM WIFI.
Selain itu, panggilan tempatan adalah percuma. panggilan selain dari itu dikenakan bayaran 10 sen sahaja.
Kelajuan 10 Mbps dengan harga RM 199.00 sebulan
Kelajuan download dan upload 10 Mbps kadang-kadang kelajuan upload
boleh lebih dari 10 Mbps. (Buat masa sekarang ini lah). Yang paling best
dapat TM wifi ID percuma boleh layan internet di tempat yang ada TM
WIFI.
Selain itu, panggilan tempatan adalah percuma. panggilan selain dari itu dikenakan bayaran 10 sen
Kelajuan 20 Mbps dengan harga RM 249.00 sebulan
Kelajuan download dan upload 20 Mbps kadang-kadang kelajuan upload
boleh lebih dari 20 Mbps. (Buat masa sekarang ini lah). Yang paling best
dapat TM wifi ID percuma boleh layan internet di tempat yang ada TM
WIFI.
Selain itu, panggilan tempatan adalah percuma. panggilan selain dari itu dikenakan bayaran 10 sen
Nak tahu lebih layari http://www.tm.com.my/unifi/home/Pages/packages-VIP.aspx
Tapi selama saya pakai TM UNIFI, ada juga masalahnya antara nya,
1. Peralatan yang diberi secara percuma Broadband Termination Unit (BTU) selalu PANAS. terpaksalah pakai laptop fan cooling nak sejuk kan Broadband Termination Unit (BTU) sekiranya terlalu panas ia mungkin tidak berfungsi dengan baik.
2. Sekiranya tiada bekalan elektrik telephone tidak boleh digunakan. Kerana telephone perlu disambungkan (connect / link) dengan Broadband Termination Unit (BTU) yang memerlukan bekalan elektrik. Saya dan cuba sambungkan telephone melalui direct line tapi tak boleh. ia tetap memerlukan Broadband Termination Unit (BTU).
3. Set – Top – Box (STB) untuk Hypp TV, kebanyakkannya cerita tak menarik tapi nak menarik langgan Video On Demand (VOD).
4. Break down internet. Dalam tempoh 6 bulan atau 5 bulan sekali. tapi itu kira OK lah.
Nak tahu lebih layari http://www.tm.com.my/unifi/pages/home.aspx